April 3rd, 2016

Semenjak dua menjak ini, ada desas-desus yang sedang bertebaran menyatakan Wak Doyok sedang menyulam cinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim. Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila Wak Doyok dan Azrinaz sering memuat naik gambar mereka berdua bersama-sama menghadiri pelbagai majlis. Sekali tengok, memang sama cantik sama padan kan? Namun betulkah mereka berdua bercinta?

wak doyok dan azrinaz

Diasak bertubi-tubi tentang kebenaran gosip tersebut, Wak Doyok enggan mengulas lebih dalam tentang hubungannya dengan Azrinaz. Bagi Wak Doyok, cukuplah hanya dirinya dan Azrinaz yang mengetahui status sebenar hubungan mereka. Kata Wak Doyok:-

Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu lebih baik saya berdiam diri.

Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling perkatakan. Persepsi mereka saya anggap biasa saja. Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu.

Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu feysen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri. Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian.

wak doyok dan azrinaz

Mungkin Wak Doyok masih lagi dalam fasa mengorat dan masih belum ‘declare’ apa-apa lagi dengan Azrinaz. Suatu hari nanti pasti Wak Doyok akan berkongsi status mereka sekiranya jodoh tiba. Sama-samalah kita nantikan. Yang penting Wak Doyok dan Azrinaz masing-masing gembira berada di sisi masing-masing. Tak gitu? Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...