August 3rd, 2016

Sekitar hujung minggu lepas, akhbar Mingguan Malaysia melaporkan berita Wak Doyok sudah mengikat tali pertunangan bersama bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim pada 23 Julai lepas didalam sebuah majlis tertutup dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

Jelas sekali berita berkenaan mendapat perhatian ramai dan ada yang memuji kehebatan Wak Doyok memikat dan memiliki seorang wanita VIP yang merupakan bekas isteri tokoh ternama.

Ada juga yang tertanya adakah benar mereka berdua sudah bertunang? Walaubagaimanapun, Wak Doyok tidak mengiyakan ataupun menafikan berita berkenaan.

Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak ambil kisah pasal hidup orang lain.

Malah, Azrinaz yang ditemui pihak media baru-baru ini juga enggan mengulas lanjut mengenai berita pertunangannya itu.

Saya enggan memberi sebarang komen.

Menerusi akhbar Mingguan Malaysia, ibu Wak Doyok me­nya­rungkan cincin ke jari Azrinaz sebagai memeterai ikatan hubungan dua personaliti terkenal negara.

Untuk pengetahuan anda, Azrinaz mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Sultan Hassanal Bolkiah.

Kalau benar sudah bertunang apa salahnya untuk berkongsi berita baik itu dengan peminat.  Pasti mereka akan mendoakan yang baik-baik sahaja. Apa-apapun, semoga ikatan ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...