Sering terpalit dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan beliau bukan “lelaki sejatiâ€, Wak Doyok tidak dapat lagi menahan amarahnya apabila baru-baru ini ada sebuah blog memfitnah beliau menjalinkan hubungan gay bersama Myo daripada kumpulan Oh Chentaku.
Wak menerusi akaun Twitternya berkata, foto itu dirakam sewaktu menjalani penggambaran bagi program Ke Jepun Ke Kita. Wak dan Myo akan menjelajah negeri Jepun bagi siri televisyen berkenaan.
Masih ada mulut longkang. Weh aku shooting lah dol. Apa dah pekak punya blog ni.
Siapa yang tidak marah apabila foto sewaktu rakaman program televisyen pun dijadikan bahan untuk mencetuskan gosip dan spekulasi. Lebih-lagi menuduh seseorang itu gay. Bersabar lah Wak Doyok.