March 24th, 2016

Wak Doyok sebelum ini  pernah didakwa bercinta dengan seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada sebuah pemimpin negara yang cukup terkenal.

Terbaru, Wak Doyok mengakui beliau kini sedang rapat dengan seorang wanita berstatus VVIP yang sudah dikenalinya  kira-kira tiga tahun lepas. Walaubagaimanapun, hubungan mereka belum sampai ke tahap bercinta.

Jelas Wak, wanita itu pernah terlibat dalam dunia kewartawanan dan mempunyai pengalaman dalam dunia hiburan.

Saya suka berkawan dengan dia tambahan dia pun minat fesyen. Kami pernah keluar berdua dan sering juga kami berkongsi masalah seperti masalah tentang kerja.

Dia pun pernah bekerja dalam bidang kewartawanan dan ada pengalaman dalam dunia hiburan, jadi sedikit sebanyak saya ada belajar tentang selok belok dunia hiburan ni daripada dia.

Adakah wanita berstatus VVIP yang dimaksudkan Wak Doyok ialah bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar?

Iyalah, beliau pernah menjadi penyampai berita di TV3 dan Wak Doyok juga sering memuat naik foto mereka bersama di Instagram miliknya. Hurmm

Sumber Berita : Malaysian Digest


Comments are closed.

Loading...