Wajib Meraikan 1 Syawal Tetapi Sambutan Aidilfitri Mungkin Akan Ditangguhkan Tahun Ini

Trending

Wajib Meraikan 1 Syawal Tetapi Sambutan Aidilfitri Mungkin Akan Ditangguhkan Tahun Ini

Rakyat Malaysia yang beragama Islam dijangka akan mula menyambut bulan Ramadan bermula esok, 24 April 2020. Selepas berpuasa, umat Islam diwajibkan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal mengikut kalendar Islam.

Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri  tahun ini perlu ditangguhkan ke masa yang lebih sesuai untuk dirayakan bersama-sama.

Advertisement
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Walaupun masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), umat Islam tetap boleh menyambut Syawal dengan melakukan ibadah seperti solat Hari Raya dan terhad dilakukan di dalam rumah sahaja.

Namun sambutan hari raya perlu dibataskan tanpa tradisi kunjung-mengunjung ke rumah tetangga. Pastinya ianya satu kelainan daripada tahun-tahun sebelum ini. Penjarakan sosial juga masih perlu sehingga keadaan wabak COVID-19 di negara ini benar-benar pulih.

solat Hari Raya

Penangguhan majlis-majlis keramaian yang sinonim dengan Hari Raya seperti rumah terbuka dan sebagainya perlu ditangguhkan untuk mengelakkan orang ramai berkumpul di satu kawasan dalam jumlah yang besar.

Majlis Fatwa Kebangsaan akan berbincang dengan para ulama berkenaan isu penangguhan sambutan Hari Raya ke satu masa yang lain kerana negara Malaysia masih menjalani PKP.

Langkah untuk menangguh sambutan Hari Raya diambil dengan melihat situasi semasa yang dihadapi negara-negara yang mempunyai penduduk beragama Islam yang ramai. Indonesia juga sebelum ini telah membatalkan solat terawih dan solat Hari Raya berjemaah di masjid dan surau akibat wabak COVID-19 yang sedang menular.

rumah terbuka Baca: Indonesia Batalkan Solat Terawih Berjemaah dan Solat Hari Raya Aidilfitri

Keputusan telah diambil oleh Indonesia untuk menangguh cuti Hari Raya Aidilfitri ke tarikh 28 hingga 31 Disember tahun ini.

Ini bagi mengelakkan hampir 20 juta penduduk Indonesia untuk pulang ke kampung merayakan Hari Raya dan memberikan risiko besar kepada penyebaran wabak COVID-19.

Sungguhpun begitu, masih banyak permohonan yang dilakukan oleh orang ramai untuk keluar ke kawasan diluar lingkungan 10 kilometer dengan pelbagai alasan dan tujuan. Perkara ini menyulitkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...