Masih lagi mengenai isu tindakan Emma Maembong membuka tudung, kali ini bapanya, Ismail Embong pula membuat kenyataan secara umum agar kaum wanita menjauhi seorang lelaki yang hanya sekadar ingin membuka aib dan menjatuhkan maruah seorang wanita.
Katanya lagi, lelaki yang membuka aib seorang wanita adalah manusia bertopengkan iblis yang hanya ingin memecah belahkan umat Islam dan keluarga.
Pesanan penuh maksud mendalam dan mungkin agak sinis itu menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen. Namun, tidak dapat dipastikan status itu ditujukan kepada mana-mana pihak.
Bila seorang ayah sudah berkata-kata pastinya ia membawa pelbagai maksud dan tidak mustahil ini mungkin luahan hatinya mengenai kontroversi yang sedang melanda anak perempuannya itu. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini.