Wajib Baca Yassin 3 Kali Di Malam Nisfu Syaaban? Ini Penjelasan UAI – “Allah Buka Rahmat, Ampunkan Dosa..”

Kehidupan

Wajib Baca Yassin 3 Kali Di Malam Nisfu Syaaban? Ini Penjelasan UAI – “Allah Buka Rahmat, Ampunkan Dosa..”

Untuk makluman ramai, Nifsu Syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaaban iaitu pada malam ke-15, di mana ia merupakan malam istimewa untuk seluruh Islam kerana diberi keberkatan, keampunan dan doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Selalunya pada malam Nifsu Syaaban, umat Islam seluruh negara akan membuat amalan membaca surah Yassin tetapi timbul persoalan sama ada amalan itu diwajibkan atau tidak.

Advertisement

Pendakwah dikenali ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil perjelaskan persoalan tersebut dengan menyatakan tiada hadis yang menetapkan amalan itu pada malam Nifsu Syaaban.

Dalam hadis nyatakan bahawa pada malam itu ada satu kelebihan. Kelebihannya adalah Allah buka rahmat yang luas dan Allah ampunkan dosa. Maka, para ulama berkata apa sahaja amalan pada malam Nisfu Syaaban boleh dilakukan dan akan mendapat pahala.

Dalam pada masa yang sama, UAI turut berkata tidak wajib untuk seseorang Muslim melakukan bacaan Yassin sebanyak tiga kali pada malam istimewa ini kerana ia cumalah amalan yang dibawa oleh para ulama sebelum ini.

ustaz azhar idrus krismas
2 months ago

Haram Ke Kalau Bergambar Dengan Pokok Krismas & Santa Claus? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...