Raya dah nak dekat, inilah masanya untuk menyiapkan diri dan pastikan korang tampil segar, berseri dan bersedia untuk Raya!
Dari skincare hinggalah rambut mestilah tip-top. Untuk itu, Watsons menawarkan pelbagai produk berkualiti yang wajib dimiliki Raya ini. Berikut adalah senarai must-have items untuk korang borong di Watsons:
Watsons UV Sun Protection Gel
Melindungi kulit daripada sinaran matahari adalah perkara penting, terutama ketika sibuk beraya di luar.
Watsons UV Sun Protection Gel hadir dalam tiga variasi menarik: Aloe Vera Soothing, Aqua, dan Brightening. Dengan SPF50+ dan PA++++, ia memberikan perlindungan tinggi terhadap sinaran UVA dan UVB.
Terdapat dalam 3 varian untuk dipilih mengikut keperluan kulit.
-Brightening: Mencerah dan menambah keanjalan kulit bahan Niacinamide & Collagen.
-Aqua: Melembap dan mencerah dengan Hyaluronic Acid dan Niacinamide.
-Aloe: Ekstrak 55,000ppm Aloe Vera melegakan dan mengunci lembapan untuk memberikan hidrasi semula jadi pada kulit.
Teksturnya sunscreen ini ultra ringan, tidak melekit, dan mudah meresap ke dalam kulit, menjadikannya sesuai untuk digunakan setiap hari. Paling penting, ia telah diuji secara dermatologi untuk kulit sensitif!
Naturals by Watsons Blood Orange Body Gift Set
Nak kulit yang lebih cerah dan berseri Raya ini? Naturals by Watsons Blood Orange Body Gift Set adalah pilihan terbaik. Ia diperkaya dengan Niacinamide yang membantu mencerahkan dan menyerlahkan seri kulit.
Bukan itu sahaja, pembungkusannya juga diperbuat daripada 100% Ocean Bound Plastics, menjadikannya pilihan mesra alam untuk gaya hidup lebih hijau.
Hair System by Watsons Scalp Tech Scalp Massage Tonic
Rambut sihat bermula dari kulit kepala yang kuat! Dengan teknologi ScalpTECH, Watsons Scalp Massage Tonic menawarkan rawatan profesional untuk membersihkan, menyuburkan, dan menguatkan kulit kepala. Ia mengandungi:
-Kafein untuk menjadikan rambut lebih tebal
-Asid Salisilik untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan kulit kepala
-Squalene untuk memberikan kelembapan pada kulit kepala
-Prebiotik bagi menyokong kesihatan kulit kepala
-Dilengkapi dengan pengurut silikon lembut terbina, tonik ini membantu penyerapan lebih baik dan meningkatkan ketebalan rambut!
Collagen by Watsons White Regeneration Purifying Peeling Gel
Raya bukan hanya tentang pakaian yang cantik, tetapi juga kulit yang berseri! Collagen by Watsons White Regeneration Purifying Peeling Gel mengandungi Vitamin C Plus & Niacinamide untuk membantu mencerahkan kulit serta melindungi daripada hiperpigmentasi dan bintik hitam.
Diformulasi dengan Collume (kolagen vegan), memberikan kelembapan mendalam sambil mengelupas kulit secara lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menghasilkan kulit yang lebih bersih serta berseri.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan semua item wajib ini di Watsons terdekat atau secara dalam talian DI SINI dan bersiap sedia untuk tampil lebih berseri sepanjang musim perayaan ini!