Siapa tak mahu kulit wajah bebas cela, sihat dan cerah berseri? Bermacam cara dan produk digunakan untuk mencapai ‘skincare goals’ sebegitu. Dah lama idamkan kulit cerah berseri tapi bermacam cara dan produk dah guna tapi hasilnya masih sama? Jangan putus asa, pencarian produk penjagaan kulit anda terhenti di sini dengan rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance.
Macam mana rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan tompok gelap dan mencerahkan kulit hanya dalam 4 minggu*, dengan GentleBright Technology.
Ramuan 3 kombinasi formula pencerahan
GentleBright Technology? Ianya adalah bahan yang dicipta khas untuk kulit sensitif untuk bertindak secara mendalam pada setiap tahap penghasilan melanin tanpa merosakkan pelindung kulit.
Bahan paling popular dalam dunia kecantikan, Niacinamide atau Vitamin B3 juga terkandung dalam rangkaian produk ini. Kalau nak tahu, Niacinamide ini adalah antioksidan yang lembut tapi berkesan mengawal pemindahan melanin ke permukaan kulit, supaya tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna.
Satu lagi bahan penting yang menjadi rahsia Cetaphil Bright Healthy Radiance adalah ekstrak bunga dafodil laut putih. Ekstrak ini dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan, untuk mencerahkan dan mengurangkan saiz tompok gelap.
Hanya beberapa langkah mudah untuk kulit lebih sihat & cerah
Asas penjagaan kulit, pencuci muka Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser membersih, menghilangkan kusam dan kotoran tanpa mengeringkan kulit, supaya kulit kelihatan cerah berseri. Langkah paling asas, cuci muka 2 kali sehari tau!
Langkah kedua selepas mencuci muka adalah menggunakan Brightness Refresh Toner untuk memberi lembapan segera supaya kulit lebih lembut, cerah dan halus. Dengan penggunaan konsisten 4 minggu*, kulit kusam tiada lagi, tona kulit lebih cerah dan sekata.
Untuk dapatkan kulit cerah, kena rajin, syarat wajib tu! Sia-sia menggunakan produk pencerahan kalau kulit terdedah kepada sinaran UV berbahaya yang akan menggelap dan merosakkan kulit. Lindungi kulit dengan Brightening Day Protection Cream SPF15 yang mencerahkan kulit tanpa iritasi dan memelihara pelindung kulit.
Rutin penjagaan kulit waktu malam sama macam siang, tapi tukarkan krim siang kepada Brightening Night Comfort Cream. Krim ini akan mencerahkan dan memperbaiki kulit semalaman. Ia bertindak menghalang pembentukan tompok gelap, supaya anda dapat memulakan hari dengan kulit yang kelihatan cerah dan berseri.
Kulit cerah dapat, hadiah pun dapat!
Untuk anda yang menggunakan rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance, anda berpeluang menang hadiah sehingga RM66,000! Hanya ikut 3 langkah mudah seperti di bawah:
1. Cuba rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance.
2. Kongsikan gambar perubahan kulit anda di Instagram. Sertakan ulasan anda di bahagian kapsyen, hashtag #MyBHRJourney dan tag @cetaphilmy.
3. 30 ulasan terbaik akan memenangi kredit Touch ‘n Go bernilai RM200 setiap satu.
Ganjaran lumayan setiap tahap
Apa yang lagi best, setiap tahap ada ganjaran bonus ditawarkan tau. Untuk tahap 1, seramai 100 peserta akan memenangi hamper Cetaphil bernilai RM150 setiap satu. Manakala untuk tahap 2, 200 ulasan pula akan memenangi hamper Cetaphil RM300 setiap satu.
Jangan lepaskan peluang menang hadiah lumayan ni guys! Jom ajak kawan dan keluarga untuk sertai peraduan ini beramai-ramai, boleh dapat #skincaregoals, ada rezeki boleh menang hadiah lagi. Kulit pun cantik, dapat pula menang hadiah, memang wajib join!
Nak kulit sihat dan berseri dan cerah berseri dalam 4 minggu*? Untuk maklumat lanjut, layari https://brighthealthyradiance.com/. Dapatkan Cetaphil Bright Healthy Radiance di drugstore berhampiran anda atau secara online di Shopee atau Lazada hari ini.
*Fail data Galderma 203150, 203141 & RD.27.SPR.203148
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.