Wajarkah TV1 Buat Permohonan Maaf Kepada Datuk Siti Nurhaliza?

Hiburan

Wajarkah TV1 Buat Permohonan Maaf Kepada Datuk Siti Nurhaliza?

datuk siti

Jika benarlah perkara di bawah berlaku, memang wajar TV1 membuat permohonan maaf kepada Datuk Siti Nurhaliza. Agak memalukan kerana ianya adalah siaran langsung dan ditonton oleh puluhan ribu rakyat Malaysia. Berikut adalah email yang diterima:-

Advertisement

Abang nara, saya peminat setia abg. Tapi kali ni 1st saya komen sebab saya peminat setia Siti, sangat terkilan dengan RTM. Sekarang ini tengah LIVE pertandingan akhir ADIK2 ku. Sejurus selepas pengerusi majlis mengumumkan Siti akan buat persembahan, tiba2 mic tidak di off kan dan terdapat suara perempuan bercakap ” Ni mesti xbertudung lagi”. Sangat jelas dan nyata sehingga Dato Siti yg naik pentas selepas tu (sangat sopan bertudung penuh sopan) terkaget. Di sebabkan keprofesionalan Dato Siti die dapat teruskan persembahan. Saya satu family terkejut maca mana rancangan RTM live dengan kehardiran VIP(Rosmah) boleh jadi begini. Mungkin di sebabkan rancangan ni tidak seHIT Raja Lawak Akhir, mungkin hal ini akan dilupakan. Tetapi saya di sini meminta RTM memohon maaf terhadap kejadian ini.

Mengikut Twitter Datuk Siti, gambar di atas ialah tudung yang dipakai oleh beliau semasa membuat persembahan di TV1. Memang cantik dan sangat ayu. Dan kalau benarlah perkara di atas berlaku, sesungguhnya ianya bukan sahaja menjatuhkan kredibiliti Datuk Siti tetapi juga menjatuhkan nama baik TV1.

Apa pendapat korang? Wajar tak TV1 buat permohonan maaf kepada Datuk Siti atau perkara ini tak perlu diperbesarkan lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...