Wajah Wanita Ini Berubah Menjadi ‘Nenek Kebayan’, Dakwa Diludah Jin Ketika Mandi Di Bukit Hijau

Kehidupan

Wajah Wanita Ini Berubah Menjadi ‘Nenek Kebayan’, Dakwa Diludah Jin Ketika Mandi Di Bukit Hijau

Melakukan aktiviti rekreasi di kawasan air terjun sememangnya menjadi pilihan ramai kerana suasananya yang lebih sejuk dan menenangkan. Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai, khususnya di kawasan Utara, ialah Air Terjun Lata Bukit Hijau.

Perkara itu kembali menjadi perbualan apabila tular satu perkongsian di TikTok milik @syifaaffann94 yang memaparkan wajah seorang wanita menjadi bengkak hanya beberapa minit selepas mandi di air terjun tersebut. Dalam video berkenaan, wanita itu mengakui dirinya bersalah kerana sempat bergurau dengan anaknya kononnya ternampak dua buah rumah nenek kebayan di kawasan berkenaan.

Advertisement

Susulan gurauan itu, wajahnya dilihat berubah menjadi berkedut dan bengkak sehingga menyerupai wajah nenek kebayan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ramai warganet tampil memberikan penjelasan dari sudut logik dengan menyatakan punca wajah bengkak itu berkemungkinan besar disebabkan pokok rengas. Difahamkan, kawasan Lata Bukit Hijau memang dipenuhi dengan pokok rengas yang terkenal dengan getah beracun.

bukit hijau

Menurut netizen, pokok berkenaan boleh memberi kesan kepada individu berkulit sensitif, malah ada yang mendakwa hanya melalui kawasan di bawah pokok tersebut sudah cukup untuk menyebabkan kulit terasa panas, gatal dan bengkak.

Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman seram mereka sendiri ketika berkunjung ke Lata Bukit Hijau. Mereka menasihatkan orang ramai agar menjaga pertuturan ketika berada di kawasan berkenaan dan segera meninggalkan lokasi tersebut sekiranya berasa tidak sedap hati.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan perbincangan sama ada insiden berkenaan berpunca daripada faktor mistik atau reaksi alahan semula jadi, selain mengingatkan pengunjung supaya sentiasa berwaspada ketika beriadah di kawasan alam semula jadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-05 11:01:16

Sultan Selangor Perkenan Menghadap Banduan Terima PhD Dalam Penjara - "Baginda Rasa Dia Layak Terima Peluang Kedua"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...