May 2nd, 2018

Sejak beberapa tahun ini, kualiti drama tempatan boleh dikatakan agak merundum. tidak mencapai ke satu kualiti yang boleh dianggap berjaya. Bukan sahaja menyajikan drama cinta semata-mata, tetapi pilihan pelakon yang sama  berulang kali menghiasi kaca televisyen juga membuatkan penonton muak dan hilang “selera” untuk menonton karya tempatan.

Mana agaknya pelakon-pelakon berbakat besar di Malaysia menghilang? Berbicara mengenai isu ini, pelakon Nam Ron yang memang dikenali sebagai seorang artis yang berkualiti meluahkan rasa kecewanya apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen popular tempatan gara-gara tidak mempunyai wajah yang kacak.


Malah, Nam Ron juga memberitahu pelakon Amerul Affendi turut mengalami nasib yang sama.

Amerul Affendi (kiri) bersama Nam Ron

“Tweet” berkenaan mendapat reaksi daripada netizen yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan stesen televisyen tersebut selain meluahkan rasa kecewa mereka  dengan industri lakonan tempatan yang mengutamakan mereka yang berwajah komersial sahaja untuk melariskan sesuatu drama ataupun filem. Populariti lebih penting daripada kualiti.

Sudah menjadi trend sekarang untuk stesen televisyen  mencari artis dengan pengikut yang ramai. Namun, populariti seseorang artis itu tidak semestinya membuktikan mereka seorang pelakon yang berbakat ataupun berkualiti.  Apa pandangan korang mengenai isu ini?


49 responses to “Wajah Tidak Kacak, Pelakon Nam Ron Kecewa Nama Ditolak Stesen Televisyen Popular”

  1. Hanky Panky says:

    Serious la Malaysians? Reject bakat sebab takde rupa? Tu sbb aku lg suka follow telemovie yg ada jalan cerita. Bkn asik2 kisah anak org kaya berjawatan terpikat anak org tak berada lps tu kahwin terpaksa. Grrrr!!

  2. Pemerhati says:

    Both of them have the jantan melayu look. Kulit hitam manis. Berlakon pun bagus. Bodoh kalau hanya ambil pelakon muka kpop, berlakon keras n cerita novel je mampu. Yuck!

Loading...