Sejak beberapa tahun ini, kualiti drama tempatan boleh dikatakan agak merundum. tidak mencapai ke satu kualiti yang boleh dianggap berjaya. Bukan sahaja menyajikan drama cinta semata-mata, tetapi pilihan pelakon yang sama berulang kali menghiasi kaca televisyen juga membuatkan penonton muak dan hilang “selera” untuk menonton karya tempatan.
Mana agaknya pelakon-pelakon berbakat besar di Malaysia menghilang? Berbicara mengenai isu ini, pelakon Nam Ron yang memang dikenali sebagai seorang artis yang berkualiti meluahkan rasa kecewanya apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen popular tempatan gara-gara tidak mempunyai wajah yang kacak.
Malah, Nam Ron juga memberitahu pelakon Amerul Affendi turut mengalami nasib yang sama.
“Tweet” berkenaan mendapat reaksi daripada netizen yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan stesen televisyen tersebut selain meluahkan rasa kecewa mereka dengan industri lakonan tempatan yang mengutamakan mereka yang berwajah komersial sahaja untuk melariskan sesuatu drama ataupun filem. Populariti lebih penting daripada kualiti.
Sudah menjadi trend sekarang untuk stesen televisyen mencari artis dengan pengikut yang ramai. Namun, populariti seseorang artis itu tidak semestinya membuktikan mereka seorang pelakon yang berbakat ataupun berkualiti. Apa pandangan korang mengenai isu ini?