Pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan dan telah selamat menjalani pembedahan pada malam tadi.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh isterinya sendiri, Anati Ismail menerusi platform media sosial milik personaliti terbabit iaitu menerusi Twitter dan Instagram.
Anati turut memohon doa orang ramai supaya suaminya itu segera sembuh dan dipermudahkan urusan. Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa Fedtri telah mengalami kecederaan di bahagian wajah dan muka suaminya itu terpaksa dijahit.
Dalam entri instagram milik Fedtri memaparkan pengacara tersebut dalam keadaan lemah dipercayai berada di sebuah pusat perubatan kesihatan.
Namun begitu, tiada perincian mengenai kemalangan yang dialami Fedtri telah dimaklumkan oleh isterinya itu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan artis tampil mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Fedtri Yahya agar cepat sembuh seperti sedia kala.