Wajah Tak Ada Seri Ibu Mengandung, Atikah Suhaime Terkilan Kena ‘Face Shaming’ – “Sebab Tu Saya Suka Lepak Dengan Ipar Saja”

Hiburan

Wajah Tak Ada Seri Ibu Mengandung, Atikah Suhaime Terkilan Kena ‘Face Shaming’ – “Sebab Tu Saya Suka Lepak Dengan Ipar Saja”

Pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa terkilan apabila dia pernah dikutuk dan ‘face shaming’ oleh rakannya sendiri ketika hamil.

Dia yang sering memuat naik video masakan di TikTok mengakui terasa hati apabila ada rakan mengatakan wajahnya kehilangan seri disebabkan kini sedang hamil anak perempuan.

Advertisement

Bila lepak dengan kawan saya akan cepat terasa, sebab tu saya selalu lepak dengan ipar saja. Rakan saya cakap, ‘saya ada kawan, walaupun dia mengandung dia nampak cantik, glowing, biasalah anak awak perempuan, akan tarik seri mak dia.

Saya rasa secara tak langsung, dia nak kata saya ni buruk semasa hamil. Ada juga yang kata, ‘Tika awak patut bersyukur dapat suami awak, Lokman ni mana-mana perempuan dia nak boleh dapat petik jari saja. Awak siapa saja, tak ada apa bukan lawa pun, dah tua juga.

Sekadar info, Atikah Suhaime selamat bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh,35, pada 21 Januari 2024. Atikah kini sedang sarat hamil anak pertama mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mark adam maklum restoran western tiru idea makanan sate bhalut
1 month ago

Restoran 'Western' Terkenal Buat Menu Sate Balut, Mark Adam Tak Kecil Hati - "Rezeki Masing-Masing"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...