Wajah Suami Dikutuk Macam Bangladesh, Eina Azman Tempelak ‘Haters’ – “Muka Elok Saja Tak Cukup Nak Hidang Makan Atas Meja”

Hiburan

Wajah Suami Dikutuk Macam Bangladesh, Eina Azman Tempelak ‘Haters’ – “Muka Elok Saja Tak Cukup Nak Hidang Makan Atas Meja”

Pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman, meluahkan rasa geram apabila ramai yang mengutuk wajah suaminya, Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 30, menegaskan suaminya sudah cukup kacak di matanya, dan pengesahan daripada orang lain tidak diperlukan.

Bagaimanapun, Eina berkata suaminya tidak mengambil serius terhadap komen-komen negatif tersebut, tetapi sebagai seorang isteri, dia tetap terasa hati dengan kritikan yang dilemparkan.

Advertisement

Saya daripada dulu memang pilih muka. Yang penting, dia kacak di mata saya. Kalau suami saya buruk sangat anak-anak saya tidak akan comel. Yang cakap-cakap pasal suami saya tidak kacaklah, macam orang bangla, awak tu cantik dan kacak sangat ke?

Saya geram bila baca komen negatif. Bila tunjuk dekat suami saya, dia ketawa saja. Tapi saya sebagai seorang isteri terkesan kerana suami saya tidak kacau kalian pun.

Eina turut menekankan bahawa rupa paras semata-mata tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.

@einaazman13

??? @AUBREYKARL #einaazman #aubreykarl

? Anxiety – Doechii

Aubrey dan Karl itu Allah bagi sama rata. Seorang lagi mini saya dan seorang lagi iaitu Karl mini suami saya.

Kalau kacak tetapi malas kerja, buat apa? Kalau harap muka saja tetapi isteri yang kena bekerja siang dan malam, buat apa? Kalau kacak tetapi seorang yang suka mainkan hati perempuan juga, buat apa? Rupa paras yang kacak saja tidak boleh hidangkan makanan atas meja.

Sebelum ini, Eina menerima komen negatif mengenai rupa paras suaminya ketika membuat siaran langsung bersama Kaisaer.

Untuk rekod, Eina berkahwin dengan Kaisaer pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia sembilan tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

AC Mizal 4U2c
2025-08-25 13:12:36

4U2C Alami 'Depression', AC Mizal Hairan Ramai Kecam Penganjuran Konsert - "Saya Rasa Cukup Lah.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...