Wajah Suami Dihina, Haliza Maysuri Terkilan – “Cukup Lah Mengata Dia Macam ‘Driver’, Penoreh Getah”

Kehidupan

Wajah Suami Dihina, Haliza Maysuri Terkilan – “Cukup Lah Mengata Dia Macam ‘Driver’, Penoreh Getah”

Usahawan dan pensohor media sosial, Haliza Maysuri meluahkan rasa kesal apabila rupa paras suaminya, Rosli Awang menjadi bahan ejekan sesetengah netizen di media sosial.

Ujar Haliza, hinaan dan ejekan itu ternyata telah memberi kesan terhadap keluarganya.

Advertisement

Lepas ini cukup-cukup mengata suami saya macam driver, macam penoreh getah lah, muka tak ada class dan macam-macam lagi. Tolong jaga hati anak-anak kami.

Kesannya setiap hari anak saya Putri selalu ingatkan saya kena cakap “Papa Putri handsome”, “Papa Putri paling handsome”. Kena cakap setiap hari.

Kongsi pengusaha tudung itu lagi, suaminya itu seorang introvert dan pendiam dan anak-anak pula sangat menghormati serta menyayangi papa mereka itu.

Sebab anak baca komen yang mengata papanya. Anak cukup hormat dan sayang papanya. Risaukan sangat papanya baca komen netizen. Sudahlah Papa introvert dan pendiam, takut bertambah introvert papa nanti.

Haliza juga sempat memberi pesanan kepada orang ramai yang rimas melihat kandungan media sosialnya agar menyekat saja agar hidup mereka lebih tenang dan bahagia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Intan Najuwa saman fitnah tak bayar gaji
5 months ago

"Kacau Saya, Awak Akan Menyesal" -Difitnah Tak Bayar Gaji Pekerja, Intan Najuwa 'Amuk'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...