Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid selamat disatukan dengan wanita pilihan, Izza Atirah Shirafuddin semalam.
Majlis perkahwinan yang dihadiri keluarga pengantin dan sanak saudara itu diraikan serba mewah dan barokah.
Izza yang juga menantu kepada YM Tengku Datin Sri Zawyah Tengku Izham itu kelihatan cantik berseri dengan persalinan serba ringkas di atas pelamin.
Dengan hanya sekali lafaz, Aazief yang tampil segak berbaju Melayu putih berjaya melafazkan akad nikah dan sah menjadi suami kepada Izza.
Majlis itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri yang menjadi wali.
Izza menerima mas kahwin berupa satu dinar emas – simbolik ikatan cinta dan tanggungjawab baru yang dipikul oleh pasangan ini.