Penyanyi, Amira Othman sekali lagi menjadi bualan netizen apabila wajahnya dikaitkan dengan bintang Bollywood terkenal, Karisma Kapoor.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu meletakkan gambar Amira bersebelahan dengan Karisma sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.
“Macam ada iras-iras. Lawa,” tulis individu berkenaan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan perbandingan tersebut dan mengakui Amira memiliki wajah yang mirip dengan heroin filem ikonik Dil To Pagal Hai itu.
Antara komen yang ditinggalkan:
Wow Karisma Kapoor Malaysia.
Bahagian bibir paling sama.
Tak dapat dinafikan, memang seiras.
Eh betullah, patutlah macam pernah nampak. Sama macam Karisma Kapoor.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.