Wajah Mirip Cik Non, Netizen Gesa Shuk Sahar Nasihatkan Ahli Keluarga

Hiburan

Wajah Mirip Cik Non, Netizen Gesa Shuk Sahar Nasihatkan Ahli Keluarga

Bersifat terbuka apabila ada yang menjadikan wajahnya yang mirip usahawan kosmetik kontroversi, Cik Non sebagai bahan jenaka, pelawak Shuk Sahar akui ramai yang tahu membezakan dan percaya itu bukan dirinya.

shuk sahar cik non

Advertisement

Shuk bagaimanapun tampil menzahirkan rasa terhidur apabila sehingga kini tidak putus-putus netizen mengaitkan dirinya dengan wanita terbabit.

“Saya akui, rasa kelakar sebenarnya tapi selagi tiada kaitan dengan kita saya terbuka dan menganggap perkara itu kelakar. Malah, saya rasa orang yang menyamakan muka saya dengan dia pun tahu itu tak betul.”

Ujar Shuk, beliau seakan terkejut apabila ada dalam kalangan pengguna media sosial yang memintanya menasihati ahli keluarganya untuk berkelakuan senonoh.

shuk sahar cik non

“Memang ada juga orang samakan atau orang tanya adakah itu adik atau kakak saya, walhal tak ada kena mengena pun dengan saya. Sampai ada yang suruh saya nasihatinya. Kalau betul itu adik-beradik saya, rasa aiblah juga.”

Tular sepotong video di media sosial baru-baru ini memaparkan aksi seorang wanita yang naik hantu di pintu masuk sebuah gedung perabot popular ibu kota gara-gara tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka.

shuk sahar cik non

Namun, wujud segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk berseloroh mengusik Shuk dengan menyatakan individu dalam video tersebut dilihat mirip dirinya dalam versi wanita.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...