Seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas ahli keluarganya menjadi mangsa penyeluk saku di kawasan tumpuan pelancong Bukit Bintang, malam tadi, dengan kerugian dianggarkan melebihi RM10,000.
Menerusi perkongsian di TikTok pengguna @fifiemarzuki9, kejadian itu berlaku ketika mereka melintas jalan di kawasan lampu isyarat, apabila suspek muncul secara tiba-tiba di tengah kesesakan orang ramai.
Jumlah kerugian kira-kira RM8,200, termasuk wang tunai RM3,200 serta dua keping dinar syiling yang disimpan di beg sandang.
Mohon orang ramai kongsikan perkara ini. Sekiranya ada sebarang maklumat, boleh dilaporkan kepada Balai Polis Dang Wangi.
Video berdurasi sembilan saat yang dikongsikan berjaya meraih lebih 50,000 tanda suka dan hampir 35,000 perkongsian di TikTok, apabila netizen terpanggil untuk membantu mengenal pasti suspek.

Hasil tinjauan Kosmo! mendapati ramai pengguna media sosial bersimpati dengan nasib mangsa dan menzahirkan harapan agar penyeluk saku itu segera ditangkap.
Daripada gaya penyeluk saku itu, jelas ini bukan kali pertama dan memang dilakukan secara berkumpulan. Semoga segala urusan dipermudahkan sebab ada bukti jelas.
Lelaki (penyeluk saku) itu memang selalu ada di kawasan Bukit Bintang.
Kejadian ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai kes keselamatan di kawasan pelancongan utama ibu kota, yang sering menjadi tumpuan penyeluk saku dan pencuri berpengalaman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
