August 23rd, 2019

Setelah sekian lama menyorokkan wajah kekasihnya, semalam kehenseman dan kekacakan buah hati Ruhainies dapat ditatap oleh netizen selepas sebuah portal menyiarkan gambar lelaki itu tanpa sebarang tapisan. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Namun tindakan portal tersebut telah menimbulkan keberangan Ruhainies yang menganggap privasinya telah dilanggar, lebih-lebih lagi portal tersebut tidak meminta kebenaran untuk memuatnaik gambar tersebut.

gambar kekasih ruhainies

gambar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab

Secara jujurnya, pada pendapat Abang Nara, dah abad ke 21 ini memang sukarlah untuk kita merahsiakan identiti kekasih, lebih-lebih lagi jika anda bertaraf selebriti. Terima sahajalah hakikat bahawa nilai privasi di dalam hidup anda memang tiada. Kalau ada pun, amatlah sedikit. Lagipun Abang Nara pasti banyak pihak yang ingin tahu wajah sebenar kekasih Ruhainies yang selama ini disembunyikan, tanpa sebarang alasan kukuh. Namun siapalah kita untuk menghakimi apa yang dilakukan oleh Ruhainies selama ini. Pasti pelakon ini sebabnya tersendiri untuk berahsia kan?

Kata Ruhainies:-

Advertisement

Saya tak faham kenapa ada orang tak boleh hormat privasi orang lain, semua tahu saya tak pernah post dia (kekasih) di laman sosial. Tolong ada sedikit hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran.

Orang awam atau peminat pun hormat. Kalau nampak saya di luar, atau nak bergambar, mereka akan crop gambar dia. Wartawan yang pernah jumpa dia pun tak pernah post atau masuk dalam suratkhabar.

gambar kekasih ruhainies

Ini semua adalah asam garam kehidupan seorang artis. Looking at the bright side, selepas ini Ruhainies dah boleh post gambar kekasih tanpa sebarang sekatan. Tak payah nak sorok-sorok lagi. Untuk makluman, kekasih Ruhanies ini dikenali dengan nama Mr. E, berumur sebaya dan bekerja di London sejak tujuh tahun lalu. Mr. E merupakan seorang ahli perniagaan yang memiliki 3 butik terkenal di Malaysia. Wah, memang bertuah betul Ruhainies. Mungkin sebab tue tak nak orang kenal takut-takut kena rampas. Ye tak? Sumber Mstar Online.

Advertisement

66 responses to “Wajah Kekasih Terbongkar, Ruhainies Berang Privasi Tidak Dihormati”

  1. anon says:

    poyo gila … lain kali tak payah la nk post gambar kekasih kau kalau mcm tu … simpan je dalam hp kau tu

  2. anon says:

    ko fikir kau siapa weiii???
    bf ko anak raja britain ke apa wei ??
    muahkakakakakka
    poyo arr

  3. Kak Teh says:

    Agaknya bf dia ni boleh tukar2 wajah ker yg sampai sorok sgt..cer check betul2 kot2 bkn org betul, entah2 jadi jadian kot..bunian Ker?? Serraamm…..

  4. joe says:

    aku teka ending dia, berpisah dan tak kahwin

  5. Anonymous says:

    Itu aah..aku pon tak paham dia nak privasi tapi macam mintak kene xpose..aku rase bf dia yg taknak xpose sebab macam tak konfident lagi nak buat bini. Lantak korang lah…

Loading...