Wajah Kekal Remaja Dan Tampak Awet Muda Dengan Memakan Labu, Ini Khasiatnya..

Trending

Wajah Kekal Remaja Dan Tampak Awet Muda Dengan Memakan Labu, Ini Khasiatnya..

Sekarang ni lambakan produk kecantikan yang menawarkan untuk jadikan kulit wajah awet muda dan kekal remaja sehinggakan pengguna berasa pening nak pilih yang mana.

Advertisement

Umum juga sudah mengetahui, selain dari produk tambahan yang digunakan, faktor pemakanan juga menjadi salah satu cara untuk membantu penjagaan diri.

Terdapat buah-buahan atau sayur-sayuran yang boleh digunakan, dalam memastikan kulit wajah bersih dan berseri. Antaranya adalah, timun, tomato, buah beri, mahu pun biji-bijian (kacang merah atau kacang polong).

Namun tahu atak tidak bahawa labu juga mempunyai kehebatan yang sama. Kajian dijalankan oleh penyelidik, dan labu terbukti dalam membantu mengembalikan keremajaan wajah. Dari isi hingga ke biji, setiap darinya mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Vitamin A & Antioksida

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Pemakanan Nutrisi dari Universiti Cambridge, England, Dr. Marilyn Glenville mendapati, labu mengandungi khasiat vitamin A serta kaya dengan antioksida yang tinggi bagi mengawal paras kolesterol.

Tabiat memakan labu juga didapati membantu mengekalkan keremajaan wajah serta dapat mencegah seseorang daripada mendapat kanser.

Biji Labu

Biji labu juga mengandungi khasiat gamma-tocopherol serta vitamin E yang baik untuk mencegah kanser, berdasarkan kajian lanjut yang telah dijalankan.

Menurunkan Berat Badan

Dr Marilyn Glenville juga menyatakan, manfaat pengambilan makanan berasaskan labu juga bagus untuk seseorang, yang ingin menurunkan berat badan kerana kandungan kalori dan karbohidratnya yang rendah.

Menerusi penulisan Glenville di dalam bukunya yang bertajuk, Natural Alternatives to Sugar, kandungan fiber pada labu cukup untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang sepanjang hari

Menegang Dan Menghaluskan Kulit

Selain baik untuk tubuh badan, labu juga bagus untuk kulit kerana mengandungi beta carotene dan vitamin A yang berupaya menjadikan kulit lebih tegang dan halus.

Anda mungkin boleh menjadikan labu sebagai hidangan harian anda, pelbagaikan cara masakan menggunakan labu, dan anda mampu untuk mengekalkan awet muda, serta dapat menjaga wajah dan memiliki badan yang ideal. Jom kita makan dengan sihat.

Sumber: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...