Wajah Gadis Sweden Dicakar, Kepala Dipijak Dua Gadis Korea Selatan Hanya Kerana Bertanya

Trending

Wajah Gadis Sweden Dicakar, Kepala Dipijak Dua Gadis Korea Selatan Hanya Kerana Bertanya

Seorang gadis Sweden yang bermastautin di Korea Selatan mendakwa, dia diserang dua orang gadis Korea hanya kerana bertanya jika mereka mempunyai tisu. Di Facebook, Sarah menulis:

Saya diserang dengan ganas oleh dua orang gadis Korea dalam tandas pada malam Khamis di Itaewon. Rakan saya berada dalam tandas dan tiada tisu. Jadi saya tanya pada seorang gadis Korea yang sedang berdiri dan menunggu rakannya yang berada dalam tandas bersebelahan (Ada tisu lebih, tak?)

Advertisement

Dan secara tiba-tiba dia pukul kepala dan tarik rambut saya manakala rakannya yang baru keluar dari tandas pula pijak kepala saya, gigit, cakar saya seolah cuba untuk rosakkan wajah saya dan cekik saya. Dia malah serang rakan saya yang kembali untuk cuba tarik saya keluar.

Pekerja datang akhirnya, bawa kami keluar tapi dia lindungi gadis Korea itu seolah-olah dia mangsa. Dalam balai polis saya menjerit dan bertanya kenapa serang saya?

Polis menjerit suruh saya diam. Saya rasa dizalimi dan dikhianati, semua mereka menentang kami.

Gadis itu menjerit (keluar dari negara kami) dalam bahasa Korea.

Saya masih menggeletar, tak percaya apa dah berlaku kerana saya tak pernah bergaduh atau diserang. Saya rasa betul tidak selamat dan tak boleh hidup di sini lagi.

Adakah sesiapa pernah mengalami situasi seperti ini? Bagai mana nak menegakkan hak saya? Saya sakit dan tak dapat bangun dari katil. Apa patut saya lakukan?

 

Setakat ini tiada berita  lanjut mengenai apa yang berlaku pada gadis Sweden itu yang kini nekad untuk keluar dari Korea Selatan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...