Wajah Digunakan Dalam Poster Tanpa Kebenaran, Baby Shima Mahu Ambil Tindakan Terhadap Pihak Penganjur Karnival

Hiburan

Wajah Digunakan Dalam Poster Tanpa Kebenaran, Baby Shima Mahu Ambil Tindakan Terhadap Pihak Penganjur Karnival

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima tampil mendedahkan bahawa terdapat pihak penganjur yang menggunakan wajahnya di dalam poster tanpa kebenaran.

Menerusi hantaran Shima di Instagram, dia menerangkan dirinya tidak terlibat dalam Karnival Geggar Usahawan Kecil Bangsa Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan Muar, Johor.

Advertisement

Baby Shima dalam pada itu turut meminta gambarnya dibuang dari semua media sosial dan poster yang digunakan untuk tujuan promosi karnival berkenaan.

Maaf semua Shima tidak terlibat dalam Karnival Geggar Usahawan Kecil Bangsa Johor anjuran @wanzaevententertainment dimana pihak penganjur telah menggunakan gambar Shima tanpa kebenaran dan juga diminta pihak penganjur membuang gambar tersebut dari semua sosial media dan poster yang digunakan  untuk tujuan promosi.

Tambahnya lagi, pihak pengurusannya akan segera menghantar surat peguam kepada pihak penganjur untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan isu tersebut daripada berulang sekali lagi.

Pihak pengurusan shima akan segera hantar surat dari peguam Shima kepada pihak penganjur untuk tindakan lebih lanjut agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

1 year ago

"Hang Pun Tak Mengundi" - 'Upload' Video Berkait Pilihanraya, Netizen Suruh Baby Shima Berhenti 'Menyibuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...