Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima tampil mendedahkan bahawa terdapat pihak penganjur yang menggunakan wajahnya di dalam poster tanpa kebenaran.
Menerusi hantaran Shima di Instagram, dia menerangkan dirinya tidak terlibat dalam Karnival Geggar Usahawan Kecil Bangsa Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan Muar, Johor.
Baby Shima dalam pada itu turut meminta gambarnya dibuang dari semua media sosial dan poster yang digunakan untuk tujuan promosi karnival berkenaan.
Maaf semua Shima tidak terlibat dalam Karnival Geggar Usahawan Kecil Bangsa Johor anjuran @wanzaevententertainment dimana pihak penganjur telah menggunakan gambar Shima tanpa kebenaran dan juga diminta pihak penganjur membuang gambar tersebut dari semua sosial media dan poster yang digunakan untuk tujuan promosi.
Tambahnya lagi, pihak pengurusannya akan segera menghantar surat peguam kepada pihak penganjur untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan isu tersebut daripada berulang sekali lagi.
Pihak pengurusan shima akan segera hantar surat dari peguam Shima kepada pihak penganjur untuk tindakan lebih lanjut agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: