Tidak dinafikan di musim pandemik COVID-19 kini, makin ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati menerusi laman sosial masing-masing.
Pelbagai perasaan diluahkan, antara marah dan kecewa di mana kebanyakan ditujukan kepada golongan kenamaan dan para menteri.
View this post on Instagram
Tidak lepas daripada kritikan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Daruk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di mana dia telah dikutuk dengan kata-kata kesat oleh seorang pengguna di laman Twitter.
“Wahai p*kimak Dr. Zul, apa alasan buka masjid? Hari ini 9,180 kes.” tulis individu berkenaan.
Kecewa dengan kenyataan berikut, pelakon dan juga usahawan Aeril Zafrel tampil memberi teguran mengenai adab terhadap individu berkenaan.
“Tahu anda sedang marah. Semua orang tengah marah sekarang ini tetapi jaga sikit adab kita dengan ulama atau orang yang lebih berusia..” tegur Aeril di laman Twitter.
Menjengah ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran yang dilemparkan pelakon filem Sabda Kekasih itu di mana ramai orang sekarang tidak mementingkan adab ketika mengeluarkan kenyataan dan kritikan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.