Ekoran kisah perbalahan di antaran lima sekawan serta penyanyi Siti Nordiana atau digelar Nana itu, Syura yang turut terlibat menyatakan rasa kecewa apabila warganet masih membangkitkan isu ini walaupun dirinya dan lain sudahpun meminta maaf kepada Nana.
Katanya, kes mahkamah dan saman RM2.5 juta itu sudah selesai dengan baik tetapi dirinya masih hairan kenapa ada yang tidak berpuas hati. Mahu menghentikan kes ini dari terus berlanjutan, dirinya meminta agar orang ramai untuk menerima keadaan yang ada dan move on.
Wahai netizen yang serba tahu, sudah-sudah lah tu. Apa korang nak ni sebenarnya?
Bukan ke korang jugak nak tengok kita bermaaf-maafan? Bila dah buat, korang perli pulak.
Bukan itu sahaja, di hantaran yang lain pula, Syura berdoa agar semua diampunkan dosa-dosa. Dia turut menasihati orang yang membaca agar memulakan lembar baru dan mengalihkan fokus kepada hidup masing-masing.
Sebelum ini, difahamkan Nana telah pun membuat permohonan maaf kepada lima defendan yang terbabit selain menyatakan dia telah memaafkan semua kelakuan yang dibuat mereka sebelum ini.