Tular di media sosial apabila satu video memaparkan seorang lelaki mirip wajah seorang bekas ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan yang merayu untuk mengadakan hubungan sejenis.
Dalam video itu, lelaki itu dilihat melakukan panggilan video terhadap seorang individu bernama ‘Wahab’ dan merintih untuk mengadakan hubungan terlarang tesebut.
Video itu kemudiannya disebarkan secara meluas di aplikasi X sebelum media melaporkan Ketua Pengara sebuah jabatan yang wajahnya mirip dengan lelaki di dalam video itu telah menghantar surat perletakan jawatan berkuatkuasa pada 15 Disember ini.
Lelaki itu juga difahamkan sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.