Netizen memuji aksi berani Ira Kazar menyanyikan lagu hit “Jangan Kau Mimpi” nyanyian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ketika menghadiri majlis pelancaran produk terbaru Anthon’s Leather oleh Datuk Seri Alif Syukri di Petaling Jaya.
Ira, yang tampil serba hitam, memukau hadirin dengan vokal dan keyakinannya di pentas, menghiburkan para penonton sambil menunjukkan bakat nyanyian yang tidak ramai tahu.
Di TikTok, perkongsian video Astro Gempak memaparkan nyanyian dan tarian ceria Ira, yang mendapat pelbagai pujian daripada netizen.
Ramai mengakui bahawa bekas isteri kepada pelakon Syamsul Yusof ini memiliki bakat nyanyian yang boleh diketengahkan.
Menurut Ira, walaupun sering menjadi sasaran kritikan, dia sudah terbiasa dan mengambil pendekatan untuk tidak peduli. Bagaimanapun, Ira mengaku hatinya terguris apabila bapanya, Kazar Saisi, turut menjadi sasaran kecaman.
Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya, tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan.