Wah, Uniknya 6 Stiker Makanan Malaysia Yang Dikeluarkan Uniqlo Sempena Hari Malaysia Ini

Fesyen

Wah, Uniknya 6 Stiker Makanan Malaysia Yang Dikeluarkan Uniqlo Sempena Hari Malaysia Ini

Sebut sahaja hidangan makanan di Malaysia semua dah terbayang cendol, keropok lekor, mee bandung, nasi kandar, roti canai dan pelbagai lagilah yang bermain dalam pemikiran kita.

Dalam kolaborasi baru yang lazat dari hidangan Malaysia dengan jenama tempatan Bingka KL, Uniqlo telah menghasilkan koleksi stiker yang telah diilhamkan daripada beberapa hidangan paling ikonik di negara kita bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Siri stiker ini boleh dilekatkan pada kain T-shirt organik atau tote bags yang sangat cantik dan unik. Ia dihasilkan dalam 6 unik ilustrasi yang memaparkan beberapa hidangan yang ikonik di Malaysia.

Advertisement

Antaranya ialah:

Teh tarik

teh tarik

    • Teh kaw halia
    • Aiskrim potong

ais krim potong

    • Jus buah pala
    • Mee bandung
    • Keropok lekor

keropok lekor

    • Nasi lemak
    • Kek lapis

kek lapis

Bagi anda yang meminati koleksi stiker ini, anda perlu menggunakan aplikasi Uniqlo untuk mengakses koleksi stiker yang boleh diubahsuai sendiri mengikut citarasa sendiri pada UTme! shirt bersama tipografi, cat dan beberapa motif lain.

ubai suai sendiri baju
koleksi stiker dari makanan Malaysia
Koleksi Uniqlo X Bingka Kl siri stiker ini boleh didapati di Uniqlo Fahrenheit 88 mulai 13 Sepetember ini.
hanya boleh didapati di Uniqlo Fahrenheit 88

Kami sarankan agar anda ke Uniqlo cepat, menyesal pula nanti bila stok habis dijual.

 

Sumber: Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...