Sebut sahaja hidangan makanan di Malaysia semua dah terbayang cendol, keropok lekor, mee bandung, nasi kandar, roti canai dan pelbagai lagilah yang bermain dalam pemikiran kita.
Dalam kolaborasi baru yang lazat dari hidangan Malaysia dengan jenama tempatan Bingka KL, Uniqlo telah menghasilkan koleksi stiker yang telah diilhamkan daripada beberapa hidangan paling ikonik di negara kita bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.
Siri stiker ini boleh dilekatkan pada kain T-shirt organik atau tote bags yang sangat cantik dan unik. Ia dihasilkan dalam 6 unik ilustrasi yang memaparkan beberapa hidangan yang ikonik di Malaysia.
Antaranya ialah:
Teh tarik
-
- Teh kaw halia
- Aiskrim potong
-
- Jus buah pala
- Mee bandung
- Keropok lekor
-
- Nasi lemak
- Kek lapis
Bagi anda yang meminati koleksi stiker ini, anda perlu menggunakan aplikasi Uniqlo untuk mengakses koleksi stiker yang boleh diubahsuai sendiri mengikut citarasa sendiri pada UTme! shirt bersama tipografi, cat dan beberapa motif lain.
Koleksi Uniqlo X Bingka Kl siri stiker ini boleh didapati di Uniqlo Fahrenheit 88 mulai 13 Sepetember ini.
Kami sarankan agar anda ke Uniqlo cepat, menyesal pula nanti bila stok habis dijual.
Sumber: Malay Mail