Semalam, kecoh di serata platform selepas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada membuat satu status di Instagram Story meluahkan rasa kecewa rumah tangga diganggu ‘orang ketiga’.
Bukan itu saja, selepas terbongkar mempunyai wanita lain, identit ‘si penyondol’ juga tersebar secara berleluasa di platform media sosial dan wanita itu dikenali sebagai Athira Yuhada.
Setelah identiti diketahui, sudah semesti netizen tidak melepaskan peluang untuk mengecam wanita terbabit kerana menganggu rumah tangga orang lain.
Bagaimanapun, ada yang merasakan wanita bernama Athira itu kelihatan cantik dan tergamak membandingkan dia dengan isteri Hafidz Roshdi.
Namun begitu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengejek dan face shaming wajah wanita tersebut dengan teruk.
Sehingga artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih lebih 3000 tanda suka dan sebanyak 300,000 ribu tontonan daripada pengguna TikTok.