Masih ingat lagi dengan entri gambar kekasih baru Wafi yang Abang Nara kongsikan baru-baru ini? Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Dan pada 28 Oktober yang lalu, pasangan bercinta ini sudah pun mengikat tali pertunangan. Tahniah diucapkan.
Nampaknya Wafi lebih bernasib baik di dalam percintaan berbanding dengan bekas isterinya, Anne Ngasri. Nama tunang Wafi ialah Rafeda Razif. Rafeda merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat produksi. Mereka berdua dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini.
Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan kepada Wafi dan Rafeda. Semoga majlis pernikahan kelak akan berjalan dengan lancar. Kredit info Media Hiburan.
Minah tudss
November 2, 2012 at 3:30 pm
Eh! Apasal gambar last tudung hitam tu mcm overr sgt mcm nk bercium pulak padahal baru tunang belum nikah! Ni la susah kalau bertudung sebab trend bukan dgn iklas hati.. Kalau kita dah bertudung ni cuba lah bawa kelakuan yg sesuai mcm perempuan bertudung. Jgn rosakkn kesucian bertudung tu!