Di Singapura, University of Technology dan Design (SUTD) telah meramalkan bahawa jangkitan atau penularan wabak COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia mungkin berakhir seawal 6 Mei 2020.
Data ini telah dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab melalui model susceptible-infected-recovered (SIR) ke atas 28 negara termasuk Malaysia.

Ramalan Penularan Wabak COVID-19 di Malaysia
Untuk pengetahuan anda, model SIR ini juga telah digunakan untuk membuat ramalan beberapa penyakit seperti AIDS dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)

Ramalan Penularan Wabak COVID-19 Dunia
Walaupun itu, menurut kajian SUTD, seluruh dunia hanya bakal pulih 100 peratus dari wabak COVID-19 pada 8 Disember 2020.
Namun, pada 29 Mei ini, peratus jangkitan diramalkan turun pada kira-kira 97 peratus.
Perlu diingatkan bahawa ini semua hanyalah ramalan dan walaupun ia berdasarkan data terkini dan juga trend penurunan jangkitan, kita masih perlu memainkan peranan masing-masing untuk memutuskan rantai jangkitan COVID-19 ini.
Ingat, jika anda tiada urusan untuk keluar, duduk di rumah dan pastikan anda tingkatkan tahap kebersihan diri. Semoga ramalan in menjadi kenyataan.