Wabak Bubonik Dikesan Di China Mampu Membunuh Dalam Masa 24 Jam Jika Tidak Dirawat

Trending

Wabak Bubonik Dikesan Di China Mampu Membunuh Dalam Masa 24 Jam Jika Tidak Dirawat

Belum lagi reda dengan pandemik COVID-19, terdapat kes terbaru melibatkan jangkitan wabak Bubonik dilaporkan di China semalam. Sebanyak dua kes jangkitan wabak bubonik dikesan di sebuah bandar di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia.

Kes terbaru yang dilaporkan ini telah mendorong kerajaan untuk mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana ianya berpotensi untuk merebak di dalam bandar berkenaan.

Advertisement

Kedua-dua pesakit disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.

marmot

Pesakit yang merupakan adik beradik itu berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital. Pada awal bulan lalu, media tempatan Xianhua pernah melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.

Pegawai mengeluarkan amaran Tahap 3 yang kedua terendah dalam sistem empat peringkat. Wabak Bubonik yang disebabkan oleh jangkitan bakteria boleh mematikan tetapi dapat diatasi dengan antibiotik yang tersedia.

Melalui peringatan tahap 3 yang dikeluarkan, ianya melarang sebarang pemburuan dan orang ramai daripada makan haiwan yang boleh membawa wabak dan meminta orang ramai melaporkan kes yang disyaki.

Kes wabak Bubonik dilaporkan secara berkala di seluruh dunia di mana Madagascar menyaksikan lebih daripada 300 kes semasa wabak pada tahun 2017. Pada bulan Mei tahun lalu, dua orang di negara Mongolia meninggal akibat wabak ini setelah memakan daging mentah marmot iaitu sejenis tikus.

Ia mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

wabak bubonik

Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Ulaanbaatar, ibu kota Mongolia memberitahu bahawa daging marmut mentah dan buah pinggangnya dianggap sebagai ubat kepada rakyat untuk kesihatan yang baik.

Dalam perkembangan sama, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital. Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.

Sumber: (1) (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...