Volkswagen Think Blue. – National Challenge 2013, Peluang Untuk Anda Terbang Ke German

Hiburan

Volkswagen Think Blue. – National Challenge 2013, Peluang Untuk Anda Terbang Ke German

Minggu lalu, Abang Nara telah dijemput untuk hadir ke bilik pameran Volkswagen di Bangsar. Selain daripada teruja untuk melihat kereta-kereta yang ada di sana, Abang Nara turut sama teruja untuk mendengar penjelasan mengenai kempen terbaru Volkswagen yang diberi nama Think Blue. – National Challenge 2013.

think blue

Advertisement

Apa itu Think Blue. – National Challenge 2013? Abang Nara pun blur juga pada awalnya. Namun setelah mendengar penjelasan yang begitu padat dan terperinci daripada PR Manager dari Volkswagen, Abang Nara terus tersenyum riang. Inilah kempen yang sangat awesome terutamanya untuk peminat dunia automatif.

think blue

Think Blue. – National Challenge 2013 ialah pertandingan penjimatan minyak yang dianjurkan oleh Volkswagen bermula sejak beberapa tahun lalu. Tahun ini, buat pertama kalinya, Malaysia akan turut sama menghantar wakilnya untuk menyertai Think Blue. World Championship 2013 di German. Proses pencarian wakil Malaysia untuk bertarung di German telah pun bermula dari 1 hingga 21 Julai 2013 di kesemua bilik pameran Volkswagen seluruh Malaysia dan melalui laman Facebook iaitu www.facebook.com/VolkswagenMalaysia.

think blue

Pada hari penerangan mengenai kempen ini juga, 2 orang peserta telah pun menjadi penghantar borang yang terawal sekali untuk Think Blue. – National Challenge 2013. Ada 2 cara untuk menyertai pertandingan ini. Yang pertama ialah mengisi borang penyertaan di mana-mana bilik pameran Volkswagen. Dan yang kedua ialah dengan cara bermain pertandingan Think Blue. – National Challenge 2013 di Facebook. Mudah kan?

think blue

Abang Nara memang jeles melihat wajah keriangan 2 peserta terawal ini. Disebabkan kejelesan itu, Abang Nara pun turut sama untuk tidak melepaskan peluang mendaftar untuk menyertai Think Blue. – National Challenge 2013. Mana tahu ada rezeki akan terpilih untuk mewakili Malaysia ke German nanti. Hehehe.

think blue

Jangan lepaskan peluang untuk mewakili dan mengharumkan nama negara kita di dalam Think Blue. – National Challenge 2013 ini. Lawat laman web Think Blue. di www.thinkblue.volkswagen.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan yang awesome ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk turut serta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...