Volkswagen Kenalkan ‘Campervan’ Elektrik

Automotif

Volkswagen Kenalkan ‘Campervan’ Elektrik

Dalam arus moden yang serba canggih ini, kenderaan pelbagai guna (MPV) kerap dilihat di mana sahaja dan model MPV yang boleh dikatakan terawal wujud dalam industri automotif global jenama Jerman iaitu Volkswagen Kombi.

Model itu dikenali Volkswagen Type 2 (T2), adalah projek kedua selepas Beetle yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. Sehingga kini, jentera itu masih mempunyai peminatnya tersendiri dan menjadi barangan paling berharga.

Advertisement

Pada ulang tahun ke-20 pusat inovasi dan kejuteraan Volkswagen di California, jenama automotif dari Jerman ini berjaya menghasilkan model dengan kuasa elektrik yang diinspirasikan daripada model campervan keluaran tahun 1962-an.

Volkswagen Type 20 masih mengekalkan identiti ikonik retro dengan warna hitam, putih dan juga oren dan dilengkapi dengan bateri pengecas 10kWh berserta charger 2,500 watt.

View this post on Instagram

Volkswagen perkenalkan model konsep ‘Campervan’ dengan kuasa elektrik. ?: HYPEBEAST #amazingnara

A post shared by AmazingNara (@amazingnara_) on

Untuk keluaran model Volkswagen Type 20 dengan kuasa elektrik, Volkswagen berkerjasama dengan Autodesk sebuah syarikat perisian Amerika bagi membangunkan sokongan cermin, tayar belakang, rim dan juga stereng.

Rekaannya yang minimal serta mengekalkan ciri retro pada model ini antara yang membuatkan Volkswagen Type 20 tampil unik.

 

Peminat Volkswagen Type 20 mesti semua tengah geram tengok van idaman mereka ini.

Sumber: HYPEBEAST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...