Seorang penyanyi yang juga vokalis kumpulan muzik terkenal didakwa telah mengarahkan pembantu rumah warga asing untuk melarikan anak selebriti wanita sekitar bulan lalu.
Difahamkan, selebriti wanita itu yang juga bekas penyanyi popular suatu ketika dahulu itu telah membuat laporan polis sebaik sahaja kejadian berkenaan berlaku di Balai Polis Ampang, Selangor.
Pembantu rumah berkenaan juga dilaporkan telah berjaya ditahan polis pada hari kejadian.
Bekas suami selebriti wanita itu difahamkan telah mengarahkan pembantu rumah terbabit untuk berbuat demikian atas alasan sudah lama tidak bertemu anak lelaki mereka yang juga anak angkat ketika kedua-duanya masih bergelar suami isteri.
Bekas isteri vokalis terbabir juga telah membawa kes tersebut bagi tujuan hak penjagaan anak di mahkamah syariah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.