Vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh Mengelak Berhadapan Dengan Media?

Hiburan

Vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh Mengelak Berhadapan Dengan Media?

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 37,  menyatakan bahawa dia masih belum bersedia untuk ditemu bual oleh media ketika Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam yang berlangsung beberapa hari lalu.

Menurut sumber, difahamkan Noh tidak menunggu di bilik khas yang disediakan untuk artis yang membuat persembahan dan juga hadir diiringi pengawal peribadi.

Advertisement

Penganjur konsert, Faizul Mohd Yusof berkata, pengurus Noh memberitahu penyanyi berkenaan tidak mahu berhadapan dengan pihak media buat masa terdekat.

Walau bagaimanapun, kemunculan pelantun lagu Aku Scandal mendapat sambutan penonton-penonton yang hadir di konsert tersebut.

Noh juga sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang masih menyokong dan memberi semangat untuk dia meneruskan kariernya.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyanyi bersama. Ini juga antara proses untuk saya berpijak pada dunia nyata, di mana adakah saya berani mengadakan persembahan seorang diri tanpa kumpulan Hujan. Ternyata, anda semua memberi semangat kepada saya. Terima kasih.”

Dalam pada itu, Noh turut memohon maaf jika terdapat kekurangan atau kekasaran yang berlaku di atas pentas semasa dia melakukan persembahan.

Saya meminta maaf atas kekasaran saya atas pentas. Saya tak sangka persembahan malam ini akan jadi gila seperti ini. Saya akan bawa pulang memori indah ini.”

Sekadar info, perpisahan antara Noh dan Mizz Nina sebelum ini menggemparkan industri hiburan tanah air dan mendapat perhatian dari media yang cuba merungkaikan punca sebenar rumah tangga yang didirikan selama 11 tahun itu runtuh secara tiba-tiba.

Noh salleh mizz nina
4 bulan lalu

Mizz Nina, Noh Salleh Didakwa Sudah Bercerai?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...