April 3rd, 2020

Biarpun dikecam teruk susulan kenyataan kontroversi berkaitan golongan B40 sebelum ini, ikon fesyen dan pengasas tudung terkemuka, Datin Vivy Yusof tetap meneruskan aktiviti kebajikan membantu petugas barisan hadapan yang sedang melalui saat getir, bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19.

vivy yusof petugas hospital plastik sampah

Menerusi Instagram, Vivy meluahkan perasaannya yang tersentuh serta sebak melihat petugas hospital terpaksa memakai plastik sampah untuk melindungi diri kerana kebanyakan hospital di seluruh negara mengalami kekurangan sumber peralatan perlindungan diri (PPE).

Meskipun sedang dihimpit kontroversi, Vivy berkata ini bukannya masa untuk dia berdiam diri. Banyak lagi perkara penting yang perlu dilakukan dan dia menyeru orang ramai menghulurkan bantuan.

View this post on Instagram

Now's not the time to keep quiet for me. The hospitals still need us, guys! To be honest, the past 2 days I've been busy starting this initiative with @modamalaysia and @imaret_my. Hospitals have been giving us feedback that there aren't enough PPE suits. We’ve seen heartbreaking pictures of our frontliners wearing garbage bags to protect themselves. In fact, the whole world is in shortage of PPE suits so to help Malaysian frontliners, a few Malaysian designers have come together under MODA to sew the PPE suits themselves. Malaysian designers are AMAZING. PLEASE donate to the cause because some frontliners have gotten the virus and after all they're sacrificing for us, we cannot let them down. 😭 FV will donate, I will donate, but we can make a greater impact if we can get even more support. MODA and amazing Malaysian designers will produce the PPE suits as fast as they can, and IMARET will be distributing to the hospitals in Malaysia. We're all coming together to protect our frontliners! Click the link in my bio to donate any amount! Thank you in advance, and lets be together protect our frontliners. Love you guys!!! ❤ #covid19

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Kami dimaklumkan, pihak hospital berdepan masalah kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE). Hati kami tersentuh apabila melihat petugas barisan hadapan memakai plastik sampah untuk melindungi diri mereka.

Masalah kekurangan sut PPE ini dihadapi secara global. Oleh itu, beberapa pereka tempatan bergabung di bawah MODA dengan menjahit sut PPE untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan ini.

vivy yusof terharu petugas hospital pakai plastik sampah

Fashion Valet akan menderma, saya juga akan menderma. Tetapi, impaknya akan menjadi lebih hebat jika kita semua dapat memberikan sokongan. Marilah kita bersama-sama melindungi barisan hadapan kita.

Terdahulu, Vivy dikecam netizen kerana didakwa mempertikaikan bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia seakan memperkecilkan golongan tersebut dan gara-gara itu ada yang mahu memboikot produknya serta melancarkan petisyen memintanya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sumber Berita : BH ONLINE


11 responses to “Vivy Yusof Sebak Lihat Petugas Hospital Pakai Plastik Sampah”

  1. poosak says:

    u have not seen the worst vivy…

  2. Raisin says:

    KKM dh dpt berjuta2 dr byk agensi,developer dll diserahkan mockchek kpd YB Pm siap..vv nmpak sgt xtgok/bca berita ..

  3. nacm says:

    Bukan ke DG cakap dah cukup bekalan PPE cuma tinggal untuk distribution je. Rasanya isu tak cukup PPE ni masa PKP pertama lagi.

  4. thank you says:

    alhamdulillah.. kami warga kkm sangat mengalu2kan..memang betul pasal plastik sampah biru tu (yg baru la), sponge, plastik transparent tu kami buat sebagai ppe. sedih sangat. nak claim pon big boss di pejabat kesihatan daerah tapis2 x bagi.

  5. Anonymous says:

    Bila sampah berkata2….di mata marhaen dia umpama plastik…vavi

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...