Vivy Yusof Muat Naik Komen Buruk, Netizen Tampil Pertahan – “Saya Bukan Peminat Tapi..”

Trending

Vivy Yusof Muat Naik Komen Buruk, Netizen Tampil Pertahan – “Saya Bukan Peminat Tapi..”

Seorang pengguna Threads baru-baru ini menarik perhatian apabila memuat naik tangkap layar daripada Instagram Stories usahawan terkenal, Vivy Yusof.

Dalam perkongsian tersebut, Vivy hanya memuat naik semula kata-kata kecaman netizen tanpa menambah sebarang kapsyen, seolah-olah membiarkan orang ramai menilai sendiri komen-komen berunsur negatif itu.

Advertisement

vivy yusof buli siber

Tindakan Vivy itu menimbulkan rasa simpati, sehingga individu berkenaan di Threads menggesa agar masyarakat berhenti daripada melakukan buli siber. Tulisnya,

Cukup-cukuplah. Jangan teruskan budaya buli di media sosial. Perkongsian ini jelas menunjukkan kesan kecaman kepada seseorang. Kita tak tahu apa yang dia rasa.

Perkongsian itu segera mendapat sokongan warganet yang bersetuju isu buli siber tidak sepatutnya dipandang ringan. Ramai yang berpendapat perbezaan pandangan atau kritikan boleh disampaikan secara berhemah tanpa perlu menjatuhkan maruah individu lain.

Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM Dipadam
2020-04-06 15:00:12

Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM Dipadam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...