Baru-baru ini, nama usahawan sensasi, Vivy Yusof menjadi bualan warganet di platform Threads selepas seorang peminat memuat naik tangkap layar Instagram Story usahawan itu.
Luah rasa rindu terhadap jenama dUCK
Dalam tangkap layar tersebut, dilihat Vivy atau nama sebenarnya, Vivy Sofinas Yusof berasa gembira kerana dapat membeli produk jenama dUCK di sebuah pasar raya.
Bukan saja meluahkan rasa gembira, malah dia turut sempat luahkan rasa rindu kepada jenama tersebut, di mana sebelum ini pernah diuruskan olehnya tetapi kini tidak lagi.
“Rasa pelik, 10 tahun jadi founder tapi kini..”
Saya rindu dUCK juga. Tapi sekarang ini orang lain yang control. Rasa pelik sebagai seorang founder untuk jenama ini selama 10 tahun.
Biarpun begitu, usahawan tersebut tetap berfikiran positif dan merasakan segala yang berlaku telah disusun baik oleh Allah SWT.
Saya akan sentiasa redha dengan rancangan Allah untuk saya. Saya percaya Dia.
Sekadar info, nama Vivy Yusof didakwa terlibat dalam isu pecah amanah melibatkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.