Vivy Yusof & Fadza Anuar Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM8 Juta

Trending

Vivy Yusof & Fadza Anuar Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM8 Juta

Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzaruddin, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut, yang mana kedua-dua tertuduh membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet Sdn Bhd.

vivy yusof dan fadza anuar di mahkamah

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

logo SPRM

Mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan, kedua-dua tertuduh lapor diri ke pejabat SPRM Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Vivy dan Fadza juga dilarang daripada mengganggu atau mempengaruhi mana-mana saksi pendakwaan. Sebutan kes ditetapkan pada 22 Januari depan.

vivy yusof fashionvalet
1 month ago

"Saya Akan Ceritakan, Percayalah Saya Ada Banyak Untuk Dikatakan" - Vivy Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...