Selepas Covid-19, dunia kini dikejutkan dengan kemunculan virus HMPV (Human Metapneumovirus) yang semakin menular di China. Virus ini mendapat perhatian kerana peningkatan kes, terutama dalam kalangan kanak-kanak, warga emas, dan individu dengan sistem imun lemah. Walaupun kurang dikenali berbanding Covid-19, HMPV boleh mendatangkan risiko serius jika tidak dikesan atau dirawat awal.
Sejak Disember lalu, kes HMPV meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak bawah 14 tahun di wilayah utara China. Sebagai langkah respons, pihak berkuasa kesihatan China telah memperkenalkan protokol pelaporan dan pemantauan kes radang paru-paru tidak diketahui asal.
Negara jiran seperti Hong Kong dan Jepun turut memperketatkan pemantauan, dengan Jepun melaporkan lebih 718,000 kes influenza musim ini.
HMPV, yang ditemui pada 2001, adalah virus pernafasan dalam keluarga Pneumoviridae dan dikenalpasti sebagai penyebab utama jangkitan saluran pernafasan, terutamanya di kalangan golongan berisiko tinggi. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi mengenai kes HMPV di Malaysia.
Virus HMPV boleh menjangkiti semua peringkat umur, tetapi golongan yang paling berisiko ialah kanak-kanak, warga emas, dan individu dengan sistem imun lemah.
@detikcom Dikutip dari Medical News Today yang telah ditinjau oleh Jabeen Begum, MD, Human metapneumovirus (HMPV) adalah virus pernapasan umum dari famili pneumoviridae, seperti respiratory syncytial virus (RSV). HMPV dan COVID-19 adalah penyakit pernapasan menular dengan gejala serupa, seperti batuk, demam, dan sesak napas. Namun, HMPV belum memiliki vaksin atau terapi antivirus. HMPV bersifat musiman, muncul di musim dingin dan semi, sementara COVID-19 dapat menyebar sepanjang tahun akibat varian baru. Diketahui masa inkubasi HMPV sekitar 3-6 hari, dengan gejala berlangsung 2-7 hari seperti virus pernapasan ringan lainnya. Baca berita selengkapnya di detik.com! Creator: Ariandi #detikcom #HMPV #VirusPernapasan #KesehatanPernapasan #WaspadaVirus #InfoKesehatan
Gejala biasa termasuk batuk, demam, hidung tersumbat, dan nafas berbunyi. Dalam kes lebih serius, HMPV boleh menyebabkan bronkitis dan radang paru-paru, yang boleh berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Walaupun tiada vaksin untuk HMPV, pakar kesihatan mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan penularan virus. Langkah-langkah yang disarankan termasuk:
👍Mencuci tangan dengan sabun dan air secara kerap.
👍Memakai pelitup muka, terutamanya di tempat sesak.
👍Mengelak kontak rapat dengan individu yang mengalami gejala penyakit pernafasan.
👍Berehat di rumah jika menunjukkan gejala untuk mencegah penyebaran kepada orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.