Virus Ransomware WannaCry Kini Dah Ada Di Malaysia – Pakar Sekuriti

Teknologi

Virus Ransomware WannaCry Kini Dah Ada Di Malaysia – Pakar Sekuriti

Serangan ransomware WannaCry telah menyebabkan satu dunia kecoh sejak beberapa hari lepas. Virus ini bertindak menyerang lebih 100 buah negara, dan Malaysia adalah destinasi seterusnya.

Advertisement

Ramsomware ini menyekat akses kepada fail dan dokumen tertentu, kemudian akan meminta pengguna membayar duit tebusan sebelum virus tersebut ditarik daripada peranti.

Setakat ini ia hanya memfokuskan kepada platform Windows terutamanya versi lama yang tidak dilindungi oleh sekuriti terkini. Mengikut laporan lain, telefon pintar tidak terkena infeksi tersebut, tetapi sila ambil langkah berjaga-jaga.

Menurut pengasas LE Global Sdn Bhd (LGMS), C.F Fong berkata seorang pengarah di sebuah syarikat pelanggannya telah menjumpai ransomware didalam komputer riba peribadinya Sabtu yang lepas.

Malware yang dijangkiti tersebut merupakan versi awal WannaCry, kata Fong.

Serangan ramsomware bermula pada hari Jumaat lepas.

“Kami anggarkan akan ada kes berkenaan serangan virus ini dalam masa terdekat, tetapi kami harapkan ianya tidak berlaku” katanya awal pagi ini.

“Nasihat saya, jika anda diserang virus ini, sila matikan sambungan internet anda supaya ianya tidak merebak” tambahnya lagi. Fong juga berkata ianya adalah ‘inevitable’, sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya Malaysia.

Beliau juga berkata, pengguna perlu backup fail yang disimpan secara online menggunakan servis cloud. Pengguna juga perlu mengemaskini sistem sekuriti Windows secepat yang mungkin.

Sementara itu, satu sistem pengesan virus berkenaan turut memaparkan Malaysia sudah pun dijangkiti oleh virus terbabit.

Laman intel.malwaretech.com beberapa kawasan di Malaysia sudah dijangkiti oleh virus terbabit, begitu juga dengan Indonesia.

Sumber : Wiser.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...