Virus Difteria : Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dijangkiti

Trending

Virus Difteria : Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dijangkiti

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria Difteria.

Advertisement

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Ghazali Othman yang berkata kanak-kanak berbangsa India yang berasal dari Ujong Pasir itu meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Melaka.

Berikutan kejadian, pihak hospital mengesan seorang adik beradik mangsa yang turut dijangkiti virus sama dan kini dirawat di hospital yang sama.

“Sepasukan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah digerakkan dan memeriksa sebanyak 1,370 rumah di kawasan Ujong Pasir. 

“Hasil pemeriksaan, kita mengambil sebanyak 19 sampel calitan pada tekak dan kemudiannya dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk didianogsis,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyebaran berita melalui WhatsApp yang meminta orang ramai supaya mengelak dari mengunjungi kawasan Ujong Pasir terutama kanak-kanak berikutan virus Difteria yang sedang merebak.

Ghazali berkata wabak berkenaan masih terkawal dan bukan berada pada tahap membimbangkan.

“Setakat ini, keadaan masih lagi terkawal dan tindakan mengesan kes baharu sedang diteruskan dan orang ramai juga tidak perlu panik.

“Bagaimanapun, sesiapa mempunyai anak yang mengalami demam dan sakit tekak diminta segera mendapatkan rawatan ke hospital atau klinik berhampiran bagi menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.