Viralkan Dicaj Mahal Makan Di Restoran Segamat: Pengguna Facebook Kantoi Menipu

Trending

Viralkan Dicaj Mahal Makan Di Restoran Segamat: Pengguna Facebook Kantoi Menipu

Semalam, seorang wanita melalui akaun Facebooknya mendedahkan yang dia dicaj RM 96 ketika makan tengahari di sebuah restoran di Segamat, Johor.

kantoiRZDakwa wanita itu yang menggunakan nama Eetta Masuri di Facebook, dia dan keluarga hanya makan tiga ketul ikan pari yang dipotong kecil-kecil, dua potong ulam timun, tiga potong sotong kecil, seekor udang kecil, empat gelas air dan empat pinggan nasi putih.

Advertisement


14238302_10154099504048073_4756604680923373526_n

Pemilik restoran itu bagaimanapun telah mengeluarkan satu rakaman CCTV di akaun Facebooknya, menunjukkan yang wanita itu mengambil lebih lauk dan makanan dari yang didakwa. Menurut Ida Hafiza Razali, wanita itu turut memesan satu mangkuk cendol durian, sepinggan lauk lain, serta terdapat lauk dalam pinggan anaknya yang tidak disebut.

Screen Shot 2016-09-05 at 11.15.31 AMMakanan-makanan itu dipesan beliau untuk hidangan tengahari bersama tiga orang lagi ahli keluarga.

Screen Shot 2016-09-05 at 11.04.54 AMScreen Shot 2016-09-05 at 11.05.11 AM
Berikut ialah rakaman CCTV tersebut.

Disebabkan wanita itu kantoi menipu, ramai pengguna Facebook mula menghentamnya, menyebabkan wanita Eetta menyahaktif akaun Facebooknya.

Tuduhan beliau memang serius dan boleh menjejaskan reputasi perniagaan Restoran RZ. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar dia membuat dakwaan sedemikian.

Dengan pendedahan bukti ini ternyata Restoran RZ mengenakan caj yang berpatutan kerana nampak seperti lauk-lauk yang dipesan itu penuh pinggan, siap ada cendol durian.

Diharap pemilik restoran RZ dapat bersabar. Beginilah dugaan dalam bidang perniagaan, kalau tak kuat mental memang putus asa dibuatnya. Semoga perniagaan RZ bertambah maju selepas ini.-amazingnara.com
Sumber: Ida Hafiza Razali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

9 Comments

  1. kunci rumah

    September 27, 2016 at 6:13 am

    Biasa mcm ni org umno punya perangai…makan penuh meja dgn lauk…

  2. Anak jantan

    September 7, 2016 at 12:34 am

    Yg fmly tu pun satu..kalau dh rasa makanan kat kdi mahal..masak sndri lh kt rumah..bawak bekal..jenis yg mcm nie aku sndri prnah kena..sbb aku perkeje kdi makan..so aku dh masak dgn ragam dan perangai2 customer yg bajet2 nk makan sedap..xpi dgn rezeki berkira..maaf ckp..klu rasa xmampu nk bayar mahal..masak sendiri kat rumah..bawak bekal ok..

  3. Faizal

    September 6, 2016 at 4:10 pm

    Tp kalo ikut standart harga makan dkt johor lg mahal kalo nk compare dgn negeri2 lain..psl dkt dgn singapore kate nye gere seekk

  4. Anonymous

    September 6, 2016 at 7:55 am

    Perempuan tu memang bersalah menipu tapi aku lagi sedih baca reply owner restoran tu. Kasar ya amat. Aku rasa orang akan lagi respect dkt restoran kalau dia guna bahasa lembut secara sindir sahaja cukup.