Viral Wanita Hadir Majlis Perkahwinan Suami, Giliran Isteri Pula “Diserang” Bekas Teman Lelaki

Trending

Viral Wanita Hadir Majlis Perkahwinan Suami, Giliran Isteri Pula “Diserang” Bekas Teman Lelaki

zzz

Tentu masih ramai ingat tentang sebuah video yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini di mana seorang isteri telah datang ke majlis perkahwinan suaminya dengan perempuan lain selepas suaminya itu dikatakan telah menghilangkan diri selama tiga bulan.
Video berkenaan ternyata telah mendatangkan simpati netizen kepada wanita berkenaan dan rata-rata netizen menempelak sikap suami(bekas suami) wanita tersebut.

Advertisement

Namun, nampaknya serangan terhadap si suami berkenaan kerana sikapnya itu bukanlah tamat di situ sahaja, kini isteri lelaki berkenaan yang dianggap ‘perampas’ oleh netizen juga turut terkena tempias.

Terbaru, seorang lelaki yang mengaku merupakan bekas teman lelaki wanita berkenaan telah tampil melalui laman Facebooknya bernama Yazid Vice II, di mana beliau mendedahkan kisah hubungan mereka sebelum ini di mana katanya wanita berkenaan semasa menjalinkan hubungan dengannya telah berlaku curang.

z

zz

Status berkenaan turut mendapat perhatian Nor Idayu Zulkifli iaitu wanita yang hadir ke perkahwinan suaminya itu yang kini telah pun diceraikan,

Menurut Idayu, dia amat mengenali wanita berkenaan dan dengan nada yang dilihat agak sinis menyatakan rasa ingin menangis apa dengan mesej yang dibacanya itu.

“Semoga korang berdua bahagia selamanya atas penderitaan yang korang bagi pada aku,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...