Viral Video Wanita Sarat Hamil ‘Terjatuh’ Masa Tunggang Kuda, Ini Penjelasannya

Trending

Viral Video Wanita Sarat Hamil ‘Terjatuh’ Masa Tunggang Kuda, Ini Penjelasannya

Baru-baru ini viral di Twitter aksi seorang wanita dipercayai sedang hamil menunggang kuda lalu terjatuh. Aksi tersebut dianggap bahaya kerana boleh memberi risiko kepada si ibu dan anak dalam kandungan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Cik Puan Azila telah tampil memberi penjelasan lanjut mengenai video viral tersebut. Menurutnya, berlaku sedikit kesilapan teknikal menyebabkan dia tergelincir dan terjatuh.

Assalamualaikum wbt. Semoga hari ini hari yang indah untuk semua. Amin Yarobb. Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda (tergelincir sebenarnya) tiba-tiba gone viral di media social. Di twitter seperti mana dimaklumkan. Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yg concern keadaan saya. Yelah sy faham, mungkin sebab sy tgh sarat mengandung 7 bulan++ sebab tue ramai yang risaukan keadaan saya. Alhamdulillah saya okay je tak ada yg serius so far. Syukur kepada Allah SWT. Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dekat twitter. 1st time kena kecam mmg tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggung lah, cari penyakit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal org bisnes kena kuat!

Bagi yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan SAYA selamat. Alhamdulillah terima kasih ya..

Paling yang saya suka ada yang ingat cpa tak pregnant sebab ada yang kata badan kecik. Yeke hee..tu kena guna #Losyensecretcorrea lahye.

Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ni bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati. Macam dalam video tue sbnrnya CPA override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa, melainkan trot@canter dalam arena memglah tak sesuai dalam keadaan sarat macam ni.

Actually im #horserider, dan white rose adalah my own horse. Sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya. CPA rindu dekat Rose sebab berbulan jugak lah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar.

Ride (juz walk bukan lari) masa mengandung nie actually bagus sebenarnya (tak digalakkan untuk newbie) sebab bantu betulkan posture badan ibu hamil. Memudahkan proses bersalin juga!

Kuda hanya akan suka orang yang calm. Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita leadership @ sifat kepimpinan.

Apapun terima kasih kepada yg menegur, mengecam dan yang concern terhadap seorang ibu hamil ini. Doakan CPA selamat bersalin ya.

Bila jatuh jangan lupa untuk bangkit lagi. Itu sikap orang-orang yang berjaya! Assalamualaikum

Menurutnya lagi, dia adalah seorang penunggang kuda dan kuda tersebut adalah miliknya sendiri. Sebelum bersalin, dia datang jenguk kuda kesayangan untuk mengeratkan lagi bonding.

Apa-apapun, dia mengucapkan terima kasih di atas teguran dan sikap prihatin orang ramai terhadap aksi tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...